Bismillahirrahmanirrahim…
Anak Soleh….
Itulah yang bermain difikiran anak…anak soleh atau solehah ni idaman
setiap mereka yang bergelar anak… adakah kita tergolong dalam ciri –
ciri anak soleh dan solehah??? Mari kita fikir sejenak..
1 ) Mentaati kedua ibu bapa
Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka
selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni
adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan
muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan
mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???
Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…
Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke
15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya
atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang
mulia “.
Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang
soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar
kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka
ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua
ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat
: “ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani
mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi
“.amiin…
2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.
Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi
melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak
dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa
kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu
mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan
dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha
Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak
kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh
dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan
menjadi anak yang soleh dan solehah…
3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa
Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu
adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai
manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah
terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah
perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam
mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak
dijaga…apabila solat
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.
4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah
Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya
memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah
mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta
dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta
ibubapa selepas itu…tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum
berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin
adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu…oleh itu,
bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan
itu dengan perkahwinan…nak jadi anak soleh dan solehah tak ??? Bila
bercinta , mesti ada perasaan rindukan ??? Persoalannya, adakah rindu
kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi
segala-galanya ??? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana
kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin
canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di
handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena
ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah
ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.
5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi…
Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang
paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka
tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan
seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita
selama 9 bulan 10 hari.Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila
anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang
akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada
ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan
kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah
kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…
Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru
yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi
mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu
anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk
keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan
solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.
Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi
sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita
dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan
biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik
teman…
Pesanan untuk anak lelaki
Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar
daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali
bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul
tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh
itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu
terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila
berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah
menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya
perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh
dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu
agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya
ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan bahagian
dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan
membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik
perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga
aurat dan batas-batas pergaulan.
Pesanan untuk anak perempuan
Buat anak perempuan, tanggungjawab kita tidaklah seberat
tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah kita sebagai anak perempuan
mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan
batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan
tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata
ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan
itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa,
tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah kita tidak
ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka
yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah
mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga
untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa
mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon
suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama
tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam
keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….
“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.
sumber: http://www.kampungfm.com
: http://riaanggraenicute.blogspot.com/2010/12/tips-tips-menjadi-anak-soleh-dan.html
: http://riaanggraenicute.blogspot.com/2010/12/tips-tips-menjadi-anak-soleh-dan.html
Post a Comment